Tuesday, January 25, 2011

TERATAK NILAM SARI..... :-)


Di sinilah kisah sebuah persahabatan
Telah tercipta antara aku dan dia
Memeterai satu janji
Sebagai ikatan pertemuan semula

- TERATAK NILAM SARI -
1995

Sunday, January 16, 2011

SEBUAH BUKU BERTAJUK INTERLOK....

TUAN UMAH NAK BERCERITA KISAH INTERLOK JUGAK...hehehehehe

Akhir2 ini, semua orang sibuk memperkatakan tentang INTERLOK. Di sana-sini para sasterawan, para penulis, para karyawan, para pemimpin sibuk memperkatakan tentang INTERLOK. Situasi di kedai2 buku dan di perpustakaan juga berubah. Kenapa? Kerana semua orang sibuk mencari INTERLOK.

******************************************

SITUASI TUAN UMAH:
Seorang pensyarah datang ke perpustakaan bertanyakan "INTERLOK ada tak di perpustakaan?". Kini, INTERLOK di perpustakaan sudah habis dipinjam kesemuanya. Wah....dasyat sungguh penangan INTERLOK.

p/s : { Tuan umah baca semua genre buku...heheheh...}

Thursday, January 13, 2011

PEMERGIAN SEORANG RAKAN BLOGGER....

Berita yang memeranjatkan : pemergian seorang rakan blogger tuan umah telah kembali ke rahmatullah kerana kanser tulang. Thank's untuk Amy yang menulis entry tentang pemergian arwah Jezz. Patutlah selama ini arwah sudah lama tidak menjengah di blog tuan umah. Biarpun tidak pernah bersua muka, namun segala komen dan pendapat yang dikongsi telah membibitkan hubungan persahabatan di laman blog ini. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Amin...AL-FATIHAH.

Arwah blogger Jezz merupakan salah seorang pengunjung setia blog dan follower tuan umah


p/s : { credit untuk blogger Amy atas makluman ini. }

Friday, January 7, 2011

WORK + STUDY....


WORK


STUDY

2011 : Work + Study = I can do it...go..go..go..cayuk

p/s : { Aktiviti menulis cerita akan memenuhi masa bila tuan umah ada kelapangan...huhuhuhuhu }

Wednesday, January 5, 2011

APA AZAM TAHUN BARU?........


Bila masuk je tahun baru, soalan yang org akan tanye ialah : APA AZAM KO TAHUN NI? Erk...azam baru tahun ni ape yer? Huhuhuhu...dah tepu otak ni berfikir. Cuma di dalam hati tuan umah sentiasa berdoa agar dipermudahkan dan diberikan petunjuk dalam menghadapi hari-hari seterusnya dan semoga apa jua yang dilakukan akan diberkati oleh Allah s.w.t...amin..:-)

p/s : { Go..go..go..cayuk tuan umah. :-) }

Sunday, January 2, 2011

WELCOME 2011...


2010 - Meninggalkan seribu kenangan

2011 - Meneruskan perjalanan sebuah kehidupan

Friday, December 31, 2010

SYABAS HARIMAU MALAYA....:-)

Syabas HARIMAU MALAYA dengan kemenangan Piala Suzuki AFF 2010. Semua rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan kalian termasuklah tuan umah.

Biarpun sebelum ini :
  • dicemuhi dengan provokasi dan propaganda pihak lawan,
  • diserang secara psikologi di hotel penginapan,
  • berlatih di tempat yang tidak sepatutnya
  • memasuki Gelora Bung Karno menaiki kereta kebal "baracuda"
  • isu laser menjadi senjata provokasi

Namun ianya tidak mematahkan skuad Harimau Malaya mengaum di Gelora Bung Karno. Akhirnya...di hadapan penonton Indonesia sendiri..skuad Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF 2010 di stadium keramat rakyat Indonesia - Stadium Gelora Bung Karno.

p/s : { Moral of the story : Jangan asyik mempertikaikan kelemahan orang lain akhirnya tersungkur di laman sendiri.... }

Friday, December 24, 2010

HADIRKAH DIA? - { INTRO }


TAJUK :

~ Hadirkah Dia? ~

SINOPSIS :

Antara Arit dan Riana tiada hubungan cinta, tetapi eratnya hubungan persahabatan yang terjalin telah membuahkan satu perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Ady menjadi saksi perjanjian yang termeterai antara Arit dan Riana, namun apabila tiba saat perjanjian itu dilaksanakan, Arit telah mengingkari perjanjian itu. Di saat persembahan membuka tirai, persoalan Riana hanya satu...Hadirkah Dia di dalam dewan ini.......

WATAK YANG DIILHAMKAN:

Mohd Harith Iskandar - Arit
Nur Adriana - Riana
Megat Ady Naufal - Ady
Nurul Syakirah - Ira

****************************************

p/s : { SELAMAT MEMBACA CERITA DARI TUAN UMAH...:-) }

Tuesday, December 21, 2010

ERK....MY LAPTOP....


Argh!!!! tidak. Laptop tuan umah kene air aircond. Huhuhuhu..tak perasan duk letak bwh aircond. Sudahnya...hampir kebasahan. Mujur kene sipi2 je (ibarat dialog dlm filem seniman bujang lapok) dan alhamdulillah ianya masih boleh berfungsi seperti biasa dan harap2 ianya akan sentiasa baik2 aje huhuhuhu. Aduhai, dalam berjaga2 terkena jugak....:-(

p/s : { pesanan untuk diri sendiri....kene sentiasa berhati2...}

Wednesday, December 15, 2010

MOOD BOLA :-)...


Hari ini mood tuan umah ialah : BOLA......
Kerana : Mlm ni Malaysia vs Vietnam (Semi-final 1)
Harapan : Dapat gol byk2 sbg bekalan semi-final 2 nnt
GO...GO..GO..CAYUK....:-)

p/s : { tuan umah adalah peminat setia pasukan England untuk World Cup...mungkin akan berubah bila Malaysia masuk World Cup nnt.....heheheheheheheh }

Monday, December 13, 2010

AKU HANYALAH INSAN BIASA....

AKU HANYALAH INSAN BIASA
YANG MENUMPANG DI BUMI YANG MAHA ESA
AKU HANYALAH INSAN BIASA
YANG MENJALANI KEHIDUPAN PENUH BERLIKU
AKU HANYALAH INSAN BIASA
YANG DIUJI DENGAN CABARAN HIDUP
AKU HANYALAH INSAN BIASA
YANG GIGIH BERUSAHA SEHINGGA JAYANYA
AKU HANYALAH INSAN BIASA
YANG MASIH DIBERI PELUANG MENERUSKAN KEHIDUPAN DI DUNIA INI.........

Nukilan :
~ Anastasia ~
9.40 mlm....

p/s : { x taulah apa yg tuan umah ni merepek...bosan tahap cipan..x tau nk merepek ape tuk entry kali ini...hanya luahan hati di malam hari...:-) }

Thursday, December 9, 2010

SUKA GAMBAR INI :-)


DARI LENSA KAMERA TUAN UMAH :-)
PUTRAJAYA - 7 DISEMBER 2010