Thursday, January 31, 2013

0 + ? =..........


0 + ? = Kosong dan blur...masih di awangan...

********************************************

Kau pasti dengan keputusan ini?
Aku tak pernah ragu-ragu dalam membuat keputusan

Dia macam mana?
Pasti dia akan membenci aku selama-lamanya

Itu yang kau nak?
Aku tak mahu tapi aku terpaksa

*********************************************

p/s : Entry ini hanya singgah beberapa saat lantas ditulis agar ianya tidak hilang.... Ianya singgah taktala mendengar lagu Never Say Goodbye (theme song for My Girl).

Tuesday, January 8, 2013

SENJA DI PARIS....

Secawan kopi ditemani muzik klasik ibarat senja di Paris. Wah!!

Senja di Paris
aku sendirian
bertemankan kenangan
pena dan nota menjadi pengganti
lukisan hidup di bumi Paris
memberi sejuta ilham

Senja di Paris
aku melihat corak kehidupan
romantik dan klasik
berlatarkan mercu hebat kota ini
berdiri megah di tengah kota
terakam indah di kotak memori

Senja di Paris
aku tinggalkan jejak
sebagai tanda pernah bertandang
aku tulis ilham yang hadir
sebagai tanda jejak di kota ini

Selamat tinggal
Senja di Paris

 

Thursday, January 3, 2013

ORANG DAN SOALAN MENYIBUKNYA...


Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan, setiap kali bertukar tahun, pasti soalan menyibuk yang akan ditanya : Apa azam tahun baru kau?

Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan, bagi yang belum berkahwin, pasti soalan kegemaran yang akan ditanya : Bila nak kahwin?

Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan, bagi yang sudah berkahwin, pasti soalan menyibuk yang akan ditanya : Bila nak ada anak?

Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan, bagi yang sudah beranak seorang, pasti soalan menyibuk yang akan ditanya : Bila nak tambah anak?

Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan, bagi yang sudah ada anak dara atau teruna, pasti soalan menyibuk yang akan ditanya : Bila nak menantu?

Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan, bagi yang sudah bermenantu, pasti soalan menyibuk yang akan ditanya : Bila nak dapat cucu?

Tapi kalau soalan menyibuk ni orang tanya aku : Bila kau nak mati? Jawapan aku : Ambil pisau pastu kasi tikam mati orang tu. Baru dia tahu mati bila...Kejam tak?

*******************************************

*Ini adalah entry berbaur balas dendam dan ketidakpuasan hati. Sudah menjadi kebiasaan manusia disekeliling kita akan bertanya soalan2 menyibuk yang kadangkala rasa nak tumbuk je muka orang yang bertanya tu (kejam lagi)...Zaman sekarang manusia sudah tidak dapat membezakan antara peribadi dan umum. Mereka sudah buta dalam membezakan harga maruah seseorang sehingga alpa dengan pertanyaan berbaur harga diri seseorang (pergh..mcm pengkritik). Sebenarnya, orang yang prejudis macam ni kita abaikan je dan biarkan dia dengan soalan menyibuknya. Tapi kalau dah terlampau ekstrem dengan soalan menyibuknya, sesekali kasi flying kick hinggap kat kepala dia biar kasi lupa ingatan, confirm dia lupa dengan dunia soalan menyibuknya (makin bertambah kejam).

*Allah memberi kita kegembiraan dan kebahagiaan kerana Allah ingin menguji kita. Di sini nilai kesyukuran menjadi ukuran agar kita tidak alpa. Namun sekiranya kealpaan itu berterusan, suatu hari nanti keberkatan itu akan hilang sedikit demi sedikit mahupun sekelip mata.

*Allah memberi kita kedukaan dan kesusahan kerana Allah ingin menguji kita. Di sini nilai kesabaran dan ketabahan menjadi ukuran agar kita sentiasa berusaha. Namun sekiranya kita putus asa, suatu hari nanti keberkatan itu akan hilang sedikit demi sedikit mahupun sekelip mata.

*Kegembiraan, kebahagiaan, kedukaan, kesusahan adalah ujian Allah. Sejauh mana kita mensyukuri nikmat dan rezeki yang dilimpahkan kepada kita. Jangan alpa dan putus asa kerana di saat inilah syaitan akan menguasai.

*Buat orang dan soalan menyibuknya : Soalan itu bukan kerja engkau, simpan sahaja soalan itu untuk diri sendiri dan bersyukur dengan rahmat yang Allah berikan untuk diri kita sendiri. Sebagai hamba Allah di muka bumi ini, berdoa dan berusaha agar segala perbuatan dan perjalanan hidup kita akan diberkati dan mendapat keredhaan Ilahi..insyaallah....:-)


Tuesday, January 1, 2013

2013....

Hari-hari dalam 2012 dilalui dengan pelbagai cerita suka dan duka. Kegembiraan dan kesedihan berjalan seiring dalam mencari makna kehidupan yang sebenar. Semoga keredhaan dan keberkatan hidup dapat diteruskan dalam meniti hari-hari di 2013 ini...Insyaallah...

Salam tahun baru 2013 buat kawan2 semua.
*target 2013 tuan umah : PHD..kuhik..kuhik..amin...

Sunday, December 30, 2012

JALAN KE SYURGA....

Kita meniti jalan yang sama menuju ke syurga...
Namun berbezanya ialah cara kita meniti jalan ke syurga...

Saturday, December 29, 2012

PELANGI SENJA....

Friday, December 14, 2012

IKLAN : KERANA CINTA....


bila penakumenulis....bila mindaku berfikir....bila hatiku berkata-kata...maka ilham dan idea pun datang bertandang....maka tertulislah kisah ADAM IQBAL dan NUR QALISHA dalam KERANA CINTA


**********************************

Qalisha dan Adam pernah kecewa dalam cinta,
namun kuatkah mereka menghadapi ujian cinta?
Dua kisah cinta yang berbeza
Namun perjalanan cinta mereka sama
Kerana cinta...Nur Qalisha berada di dunia ciptaannya
Kerana cinta...Adam Iqbal sedar akan kesilapannya
Ikut kata akal, kita redha
Ikut kata hati, kita mati
Benarlah.....
Kerana cinta sesama manusia, kita akan merasa kecewa
Kerana cinta kepada Allah, kita tidak akan pernah merasa kecewa
Malah kerana cinta kepada-Nya, hati kita akan tenang-setenangnya

********************************

Antara dialog picisan dalam KERANA CINTA...

Perbualan rancak mereka terhenti taktala melihat seorang perempuan berambut panjang, berbaju putih berdiri di beranda rumah jiran sebelah.
"Kau nampak apa yang aku nampak?" Aidil bertanya kepada Adam
"Aku nampak apa yang kau nampak." Adam membalasnya.
Terasa seram mencengkam belakang leher mereka.

**********************************

iklan yang boleh diabaikan :
*tuan umah akan publish penuh kisah KERANA CINTA ikut suka hati je bila...sebab ini adalah blog gua...so suka hati bila mau letak..hahahahahahahah (jgn mare)

Tuesday, November 27, 2012

CERITA 4: TULIP...


Kuliah hari ini agak membosankan, apatah waktunya di antara 2.30 -4.30 petang. Huargh..waktu yang sesuai untuk tidur. SMS dihantar kepada Arit yang duduk selang tiga baris dari tempat duduknya.

SMS RIANA : Tau tak apa makna bunga tulip?

SMS ARIT : Entah...

SMS RIANA : Tulip membawa maksud 'being perfect love'. Bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan 'elegant' dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Tulip dikenali sebagai bunga yang 'sophisticated' dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland.


SMS ARIT : Oooo..panjang nyer kau menaip. Mengantuk ek? Ermm..kau tau apa makna bunga tahi ayam pulak?

SMS RIANA : Tak pernah pulak aku dengar. Apa makna dia?

SMS ARIT : Maknanya..bunga tu aku nak bagi kat kau.

Arit ketawa melihat muka Riana menahan marah kerana dia tahu Riana tak boleh marah dirinya sebab berada di dalam kuliah.

*******************************
nota kaki tuan umah;
lokasi sebenar gambar: bloomshop florist enterprise
8 /11/12

BICARA DI PUSARA BONDA..


Gerimis di pagi hari. Terasa sejuk mencengkam hingga ke tulang. Di pusara bonda, wangian melur menyambut kehadiran dia. Di sisi pusara bonda, dia berbicara dari hati ke hati. Hanya bertemankan dua nisan yang tertera nama bonda, jauh di sudut hati, dia tahu bonda mendengarnya. 

sumber gambar : google image

Saat berbicara, terasa seperti bonda ada di hadapannya...
Saat menangis, terasa seperti bonda memujuknya...
Saat gembira, terasa seperti bonda juga ketawa...
Saat kemarahan berbicara, terasa seperti bonda di sisi menasihati...
Kembali ke nyata, itu semua bayangan, kerana dia tahu bonda sudah tidak bersamanya lagi untuk berkongsi semua cerita.

Sumber gambar : google image

Pemergian bonda sudah diredhai. Namun, seringkali memori bonda hadir tanpa dipinta. Usai berbicara dari hati ke hati, dia meninggalkan pusara bonda. Hati yang berat, kaki yang seakan terikat membuatkan dia sayu untuk pulang. Al-Fatihah disedekahkan buat bonda. Terasa ketenangan untuk melangkah pulang kerana dia tahu Allah lebih menyayangi bonda dan dalam doanya dia bermohon semoga roh bonda dicucuri rahmat oleh Allah Yang Maha Mengasihani.


Friday, October 12, 2012

CERITA 3 : BANANA SPLIT & CUPPOCCINO


Arit memilih tempat di sudut paling tepi bersebelahan dinding berlatarkan tulisan Secret Recipe. Logiknya kerana dia dapat melihat gelagat manusia dari sudut itu. Banana split dan secawan cappuccino menjadi santapannya. Sedang enak menikmati menu itu, telinganya terdengar bicara seorang lelaki dan suara perempuan. 

Lelaki itu berbicara :"Saya tahu saya salah. Tapi berilah saya peluang sekali lagi untuk perbaiki kesilapan saya pada awak."

Perempuan itu berbicara :"Saya dah bagi peluang yang kedua kepada awak, tapi awak mensia-siakan peluang itu."

Lelaki itu berbicara : "Awak..maafkan saya."

Perempuan itu berbicara : "Saya maafkan awak tapi untuk saya memberi peluang ketiga itu tidak mungkin sama sekali."

Arit tersenyum mendengar rayuan lelaki itu. Jawapan perempuan itu benar-benar tekad. Ada berbaur ego di situ. Tapi macam pernah dia mendengar kata-kata itu.


Terdengar lagi suara perempuan itu. Kali ini bukan bicara dengan lelaki di hadapannya tetapi dengan lelaki yang dipanggilnya.
"Dik..order banana split dengan cappuccino satu"
Aik..menu sama dengan aku. Memang tak syak lagi. Dia kenal perempuan itu. Dan perempuan itu adalah sahabatnya...si Riana.



 ************************************************

nota kaki tuan rumah ;
lokasi sebenar : Secret Recipe Giant, Shah Alam
30/09/2012

Saturday, September 22, 2012

CERITA 2: NASI LEMAK DAN KOPI O....




NASI LEMAK DAN KOPI 'O'....

Suasana pagi di cafe tenang. Di suatu sudut hujung cafe itu, kelihatan dua sahabat baik bersarapan bersama. Di atas meja tersedia menu sarapan pagi; nasi lemak dan kopi 'o' menjadi pilihan.

ARIT : Wah sedapnya dapat makan nasi lemak daun pisang.

RIANA : Pergh pekena pulak dengan kopi 'o'

ARIT & RIANA : Sedapnya...

Usai membaca doa makan, menu itu menjadi santapan Arit dan Riana.

********************************************

nota kaki tuan rumah ;
lokasi sebenar : Bilik Rehat Kakitangan
20/9/2012

Tuesday, September 11, 2012

CERITA 1: MENTARI MUNCUL LAGI


MENTARI MUNCUL LAGI..

Langkah kaki terhenti di sudut balkoni tepi tangga. Arit mencuit bahu Riana.

Arit : Riana...cuba tengok langit. Cantikkan?

Riana : Subhanallah..cantiknya.

Arit : Indahkan melihat cahaya mentari disebalik awan tu.

Riana : Saat melihat mentari menjelma, hati mengucapkan syukur kerana diberi peluang melihat keindahan ciptaan Allah.

Arit : Alhamdulillah.

***************************************************

nota kaki tuan rumah ; 
lokasi sebenar : Pangsapuri Harmoni, Presint 9 
11/9/2012