Thursday, July 9, 2009

BERAKHIR SUDAH...PPSMI....3

Artikel2 lain yang menarik berkaitan PPSMI......

BERAKHIR SUDAH...PPSMI...2

"Dalam banyak2 artikel dalam akhbar..aku paling suka petikan yg ni.......korang bacalah...."

KUALA LUMPUR 8 Julai - Langkah kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah satu keputusan yang amat tepat dan mampu memuaskan hati semua pihak di negara ini.

Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid berkata, sepatutnya tidak ada lagi mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang telah kerajaan lakukan itu kerana ia mengambil kira kepentingan negara dan kemahuan majoriti rakyat.

Katanya, langkah itu memperlihatkan bahawa kedudukan dan martabat bahasa Melayu sudah dikembalikan ke tempatnya yang wajar.

''Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana membuat kenyataan yang hampir boleh memuaskan hati semua pihak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Keputusan memansuhkan PPSMI diambil oleh kerajaan selepas kajian mendalam mendapati keputusan pelajar dalam subjek Sains dan Matematik memperlihatkan penurunan sejak beberapa tahun ini.

Dasar PPSMI diperkenalkan pada tahun 2003 dan mendapat penentangan dari pelbagai pihak.

Tambah Ungku Aziz, pemansuhan dasar PPSMI adalah sesuatu yang sangat baik bagi perkembangan bahasa Melayu di negara ini.

Beliau berharap, kerajaan selepas ini akan memberikan penumpuan yang lebih meluas terhadap aspek memperkukuhkan pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan di negara ini.

''Perpaduan adalah asas kepada segala-galanya, tanpa perpaduan tidak ada apa pun yang boleh dicapai di negara ini," katanya.

Jelas beliau, pengukuhan bahasa Melayu itu hendaklah merangkumi aspek-aspek seperti memastikan penggunaan bahasa itu dilakukan dengan nahu dan tatabahasa yang tepat.

Beliau juga menyarankan kepada masyarakat agar bahasa Inggeris tidak dilupakan terus tetapi turut diberikan perhatian yang sewajarnya.

BERAKHIR SUDAH...PPSMI...

"Akhirnya setelah sekian lama dalam dilema....PPSMI dimansuhkan. Aku antara org yg gembira mendengar berita ni....tp yg x bestnya nape kene tunggu 2012 baru nk mansuh...mase nk laksanakan dulu cepat jer...ntahlah......lu pikirlah sendiri.... "

Petikan Utusan Malaysia:

PUTRAJAYA 8 Julai – Mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012.

Keputusan Kabinet hari ini mengubah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada 2003.

Serentak itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan.

Kerajaan juga menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran Sains dan Matematik bagi meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai kedua-dua cabang ilmu itu dan teknologi demi masa depan negara.

Kata beliau, keputusan memansuhkan PPSMI dibuat setelah kerajaan meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai dasar itu yang menunjukkan ia tidak dapat dilaksanakan seperti dihasratkan.

Justeru untuk memastikan pemansuhan itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.

“Pelaksanaan (sepenuhnya dalam bahasa Melayu) akan dibuat secara bertahap di tahun satu dan tahun empat di sekolah rendah dan tingkatan satu dan empat di sekolah menengah bermula pada 2012.

“Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Menurut Muhyiddin, pemantauan Kementerian Pelajaran tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.

Begitu juga secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Pada masa sama, kata beliau, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

“Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

“Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan,” katanya.

Muhyiddin berkata, selain pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke tangga ke-21 pada 2007.

“Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 ke tangga ke-20 pada 2007,” katanya.

Muhyiddin memberitahu, kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.

“Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

“Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu bahasa Melayu di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJKC dan bahasa Tamil (SJKT),” katanya.


Friday, July 3, 2009

RAK "TSUNAMI"......

Baru hari tu aku tulis entry pasal keje aku yang semakin busy. Memang betul aku busy...tp kali ni aku punye busy akan bertambah2 busy....sebab apa???? kerana naik sem baru ni aku akan dapat "rak tsunami"...waaaaaa sebelum ni aku dpt rak separuh tsunami tp kali ni aku dpt sepenuhnya tsunami..... Baru td bos aku bgtau pembahagian rak buku semula, dan aku kene "rak tsunami" huahuahuahuahua...i try my best utk menjaga " rak tsunami tu"...hopefully... for next entry aku akan downloadkan gambar "RAK TSUNAMI" yang aku maksudkan ye.....

Thursday, July 2, 2009

TARAAA..MY NEW IMAGE.....


Sempena bulan baru ni, aku tiba2 rase nk tukar image kat blog aku ni dr character "Princess Hours" ke character "Mulan". Saje je tukar mood blog ni...hehhehehehe



Taraaa...ini image baru utk blog aku...MULAN.........


Tuesday, June 30, 2009

END OF JUNE....

Fuh...dh hbs bulan Jun rupanya. Besok dh masuk bulan Julai......wah..... bulan Julai...my birthday on July, hehehehehe don't forget 21 JULY.......Sepanjang bulan 6 ni, x byk entry dlm blog aku bcoz busy giler dgn sukan. Apepun utk bulan 7 ni, i try my best utk menulis blog dengan entry yg lebih menarik lg..hopefully.....Go..Go..Go..cayuk...

Monday, June 29, 2009

KERJA : AKU "BUSY" SEMULA.....HEHEHEHE

Hua..hua..keje dh kembali busy..Cuti semester dh nk habis. Student baru dh pun mendaftar, start minggu depan student dh mula membanjiri library. Nampaknya rak2 buku kembali dilanda "tsunami". Fuh...buku pun semakin byk nk disusun...shift mlm dh bermula...keje o.t sabtu ahad dh bermula jugak....pengunjung library semakin ramai....erm...itulah kerja..kalo x busy bukan keje namanye. Betul x? hehehehehehe....

Monday, June 22, 2009

NUR KASIH......


"Apakah yang sanggup dikorbankan untuk cinta......."

Sekali tgk aku dh jatuh cinta dgn citer ni...."NUR KASIH"...buah tangan Kabir Bhatia memang x pernah mengecewakan. Yang bestnye sebab ade "ADAM" hehehehehe. Tp yg x bestnya drama ni seminggu sekali..hari jumaat...jenuh nk menunggu next episode....apepun..kalo dh suka, x kira lama mane tunggu...heheheheh....

SINOPSIS......

Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

Sumber sinopsis : www.tv3.com

Friday, June 19, 2009

JANGAN BELI KASUT INI - STRIKEFIT...

Kelmarin...aku check email and aku terkejut dgn email yg dikirim oleh salah seorang member aku. Mengucap panjang aku menelitinya. Apa sudah jadi....dengan manusia sekarang sampai sanggup berbuat demikian...adakah kebetulan atau memang sengaja...korang perhatikan betul2 and korang fikirlah sendiri lepas tgk gambar ni...







Wednesday, June 17, 2009

HELP ME...PLZ.....

HUA.....nape x leh nk download gambar...tension...byk kali buat....x leh gak...help me....plz.....

Monday, June 15, 2009

RENTETAN SUKUM 2009 - UMT, TERENGGANU...

Hallo...I'm back.....Setelah hampir seminggu lebih aku kat T'ganu akhirnya pulang jua aku ke sini...Fuh....bermacam gelagat dan ragam yang aku dapat coretkan untuk tatapan kalian......so....korang tengoklah rentetan sepanjang kejohanan SUKUM 2009......

1/06/2009 - RABU -24 jam sebelum Kejohanan Sukan Staf IPTA berlangsung, Stadium Sultan Mizan runtuh...

Gambar yg sempat aku rakam di sana....

4/06/2009 - KHAMIS
-11.00mlm...bertolak dari Pusat Sukan UKM dengan bas UKM...
-Taktala memasuki lebuhraya Karak...cerita2 momok membuka bicara malam itu di dalam bas. Biasalah kalo dh ramai2 tu mcm2 citer kuar...eeeee...seramnya...antara citer momok yg famous "Kisah Volkswagen Kuning and The Red Kebaya...."
- 2.00 pg...berhenti makan kat R&R Temerloh..

5/06/2009 - JUMAAT
- 6.15 pagi...berhenti sembahyang Subuh...
- 7 pagi ...selamat tiba di Kuala Terengganu...
- Check in kat UMT...
-Aktiviti hari ni....pergi sokong team Olahraga. Kesian bebudak olahraga...venue sepatutnya dh runtuh, terpaksa guna venue lain....
-6.30 ptg..bersiap utk majlis Perasmian Kejohanan Sukan Staf IPTA 2009 kat Stadium Tertutup betul2 sebelah Stadium Sultan Mizan yang runtuh...
-Perasmian memang happening giler.....Best......

6/06/2009 - SABTU
- Petang kami training seperti biasa - xtvt "main bola beracun"
- Malam after our coach sampai...briefing sebelum game esoknya...

7/06/2009 - AHAD
- Game kitaorang bermula...peringkat kumpulan
-10.00 pg UKM vs UNIMAS - Menang
- 4.00 ptg UKM vs UMT - Menang (main mcm dh final)
- Malam - Dinner........

8/06/2009 - ISNIN
- Utk hari ni game kitaorg x de...
- Pergi sokong team bola tampar wanita "semi-final" UKM vs UMS
- Petang tu kitaorg training kat tepi pantai....
- Malam ade dinner ngan pendaftar

9/06/2009 - SELASA
- 10.00 pg UKM vs UPM (Suku Akhir) - Menang

10/06/2009 - RABU
-10.00 pg UKM vs UniMEP (Separuh Akhir) - Menang
-4.00 ptg.....akhirnya tiba...penuh stadium apabila tuan rumah UMT memasuku perlawanan akhir.......UKM vs UMT (Akhir) - Menang 25-23......memang fight giler......akhirnya kemenangan berpihak kpd UKM.....go..go..cayuk....

11/06/2009 - KHAMIS
- Lps tgk futsal..kitaorg pg Pasar Payang.....Habis round pasar payang kitaorg pg tgk Volleyball lelaki akhir UiTM vs UniMEP...UiTM menang...memang best giler...kitaorg gi tgk bcoz member2 aku ade yg suke tgk player UiTM (ex-malaysia) main...memang cantik giler dia main...

12/06/2009 - JUMAAT
- Pg tgk Futsal wanita UKM vs UniMEP (akhir)...
- Malam berkemas utk pulang.....

13/06/2009 - SABTU
-Majlis penutup Sukan Staf IPTA 2009 kat Dewan Sultan Mizan, UMT
- Meriah.......
- Berakhir sudah Kejohanan Sukan Staf IPTA 2009.....banyak kenangan suka duka terukir di UMT...paling manis, apabila team kitaorg (NETBALL TEAM) menang emas menewaskan tuan rumah....takkan dilupakan.....
-Jumpa lagi tahun depan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.......

Monday, June 8, 2009

JUST WAIT AND SEE....heheheheheh

Hallo....kawan2...buat masa ni, blog aku x akan di update sehingga 14 jun ni....bcoz skrg aku busy ngan sukan staf kat terengganu...balik nnt aku update laman sesawang aku ni...byk citer yg aku nk kongsi ngan korang sume...hehehehe....especially stadium yang runtuh tu... nak tahu selanjutnya...jeng,jeng,jeng...tunggu...ok...see u next week sekembalinya aku dr terengganu...hehehe