Tuesday, April 28, 2009

THE MAGICAL FOREST...

Dalam aku melayari internet, aku terjumpa gambar2 ini dari laman web yang berbeza. Jadi aku mendapat idea utk entry kali ini. Dalam aku mengamati gambar2 ni, terlintas difikiranku...wujudkah tempat2 ini di dunia.....sebuah tempat yang digelar "The Magical Forest"................










Monday, April 27, 2009

PBAKL DAH TAMAT....











Huargh...PBAKL dh pun melabuhkan tirainya...panjang umur kita jumpa lagi...heheheheh...Tahun ni partner aku pun 2 kali lima ngan aku, beli buku x ingat dunia. Tp bila lagi...ni lah masanya. Hehehehehe....x percaya tengok gambar yg aku download..tu sume novel yg aku beli kat pesta buku tempoh hari...heheheh...eh, ada satu lagi novel karya Aleya Aneesa " Hanya Dia Tahu". Balik kg nnt confirm my mama berleter...ayat biasa die "kat mane nk letak lagi buku tu..." jgn marah mama...heheheh. Setakat ni aku baru menghabiskan 2 buah novel. Huh..byk lagi nk baca..Stok setahun...harap2........

Friday, April 24, 2009

LAKE CHARGOGGAGOGGMANCHAOGGAGOGGCHAUBUNAGUHGAMAUGG.......




Lake Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg. Try to get your tounge around that news readers!

Lake Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamauggs is the longest name place anywhere in the United States and the sixth longest in the world and its just been discovered that the spelling may be wrong.

Sitting in Webster, Massachusetts Lake Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg or Lake Webster for short was discovered to have the wrong spelling after an investigation by local Telegram & Gazette of Worcester newspaper.

The bizarre name comes from the language of the local Nipmuck native American tribe and translates to "Englishmen at Manchaug at the fishing place at the boundary although." The name was applied in the 19th century when settlers built factories in the region.

Officials at the local Chamber of Commerce agreed that some signs surrounding the lake were wrong, noting that an "o" at letter 20 where a "u" should have been, and an "h" at letter 38 where an "n" should go.

Lake Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg has 17 uses of "g". Lake Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamauggare thus has the most instances of any letter in a word.

Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg also contains 10 instances of the letter "a" (not including the "a" in "lake"), more than any word in the English language.

Monday, April 20, 2009

DASAR BUKU NEGARA 2.....


TAJUK :
Dasar Buku Negara perlu mampu atasi ledakan ICT

SELEPAS 25 tahun dilaksanakan dan pelbagai perubahan berlaku dalam bidang pendidikan, memang sudah tiba waktunya Dasar Buku Negara dinilai semula. Dasar yang dilancarkan pada 1985 itu tentunya memerlukan suntikan baru selaras dengan kehadiran teknologi maklumat yang terlalu pantas kini, bagi memastikan matlamat untuk membudayakan amalan membaca di kalangan rakyat mengikut tuntutan semasa. Dalam tempoh berkenaan, terlalu banyak perubahan berlaku terutama ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang turut mempengaruhi budaya membaca. Dari sudut meningkatkan tahap literasi rakyat, Dasar Buku Negara mencatat kejayaan membanggakan apabila 93.2 peratus penduduk berumur 15 tahun dan ke atas kenal huruf. Malah kita boleh berbangga kerana kadar boleh baca rakyat negara ini meningkat berbanding negara sedang membangun lain, walaupun tidak menyamai Jepun, Amerika Syarikat, Australia dan Jerman yang mencecah 99 peratus tahap literasi di kalangan penduduk. Kesan daripada sistem pendidikan negara yang mewajibkan pendidikan asas ketika berumur tujuh tahun membolehkan kadar literasi melebihi 90 peratus tercapai. Walaupun kadar literasi di negara ini tinggi, budaya membaca di kalangan penduduk masih pada tahap rendah dan tidak membanggakan. Malah kajian turut mendapati golongan menengah lebih gemar membaca bahan bacaan ringan berbentuk fiksyen berbanding buku yang bermutu tinggi. Pola pembacaan masyarakat bawahan juga tidak banyak berubah apabila mereka masih terikat kepada bahan bacaan picisan dan menggemari cerita tahyul yang tidak membawa kepada perubahan minda.

Justeru, kita berharap Kementerian Pelajaran yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yasin dapat merangka pelan baru lebih menyeluruh supaya perubahan Dasar Buku Negara dapat memberi impak kepada perkembangan minda masyarakat. Ini penting bagi membolehkan budaya membaca terus meningkat di kalangan masyarakat, di tengah-tengah revolusi ICT terutama cabaran digital sekarang yang menyebabkan ramai tidak mempedulikan buku lagi. Kajian juga mendapati budaya membaca masyarakat Barat yang selama ini menjadi kebanggaan mereka semakin merosot terutama di kalangan generasi muda yang terdedah kepada ICT. Jika masyarakat Barat yang ketagih dengan bahan bacaan boleh bimbang terhadap budaya membaca generasi mudanya, masyarakat kita langsung tidak memberi perhatian kepada budaya membaca apalagi menyediakan perpustakaan di rumah. Kecenderungan sebahagian kita menawarkan apa saja bahan bacaan yang diminati masyarakat terutama hal-hal picisan dan tidak membangunkan minda turut dikesali. Kita sepatutnya mengubah sikap sedemikian bukan mengambil kesempatan menambahkan lagi rasa tidak peduli masyarakat terhadap bahan bacaan bermutu. Memang sukar untuk mengubah minda masyarakat supaya menjadikan membaca buku satu budaya, terutama melawan pengaruh televisyen dan perkakasan digital yang boleh mengalihkan tumpuan daripada buku. Namun, ia tidak harus mematikan semangat kita untuk terus mencari pendekatan terbaik mengubah minda masyarakat supaya menjadi penggemar buku dan penilaian ke atas Dasar Buku Negara adalah permulaan ke arah itu.

Sumber : Petikan Minda Pengarang Berita Harian Online

DASAR BUKU NEGARA.....


TAJUK : Dasar buku perlu dinilai semula....


Dasar Buku Negara yang diperkenalkan pada 1985 bagi menggariskan pendekatan menyeluruh membudayakan amalan membaca di kalangan rakyat di negara ini perlu dinilai semula.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara berkenaan perlu dilakukan supaya dasar itu dapat dimantapkan, selaras dengan tahap literasi masyarakat Malaysia yang sudah meningkat ketika ini.

Katanya, mengikut perangkaan Jabatan Statistik Negara 2008, kadar literasi rakyat Malaysia pada kelompok umur 15 tahun ke atas ialah 93.2 peratus.

"Data itu menunjukkan Malaysia berada dalam kalangan negara Asia Tenggara yang mempunyai kadar literasi tinggi walaupun ia masih berada di belakang negara maju seperti Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat (AS), Australia dan Jerman mencatatkan kadar literasi 99 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 dan Persidangan Kebangsaan Penerbitan Ilmiah 2009 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong. Hadir sama, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom yang juga Pengerusi Majlis Buku Kebangsaan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kadar literasi rakyat Malaysia tidak signifikan dengan amalan dan tabiat membaca kerana ia masih rendah dan rakyat hanya membaca bahan terpilih saja.

"Bagi kumpulan umur 10 tahun dan ke atas, daripada 85 peratus rakyat yang membaca, 77 peratus hanya membaca akhbar, manakala tiga peratus membaca majalah, tiga peratus lagi membaca buku dan 1.6 peratus membaca komik.

"Jika dibandingkan dengan AS, 53 peratus rakyat negara itu membaca buku fiksyen dan 43 peratus membaca buku bukan fiksyen. Perbandingan jelas menunjukkan bahawa rakyat negara ini masih cenderung membaca bahan ringan berbanding rakyat negara maju yang lebih gemarkan bahan bacaan dalam bentuk buku," katanya.

Muhyiddin berkata, usaha mengembangkan budaya membaca di kalangan rakyat negara ini mesti dilihat sebagai satu agenda nasional bersepadu dengan proses pembinaan negara, bangsa dan pembangunan modal insan bukannya menjadi tanggungjawab Kementerian Pelajaran semata-mata.

Sementara itu, Muhyiddin meminta industri penerbitan buku tempatan mengangkat pengkaryaan ke tahap lebih tinggi dengan menggunakan kreativiti dan inovatif.

Beliau juga menyeru pelabur baru dalam perusahaan buku, terutama penerbitan, meneroka pasaran baru di luar negara khususnya penerbitan buku remaja dan kanak-kanak.

Sementara itu, Wee diminta mengulas mengenai penilaian Dasar Buku Negara itu, berkata, ia penting supaya dasar itu relevan dan sesuai dengan perkembangan dan perubahan masyarakat serta negara, tambahan pula dasar itu sudah berusia 24 tahun.

SUMBER : PETIKAN BERITA HARIAN ONLINE...


Thursday, April 16, 2009

MEMORI ITU DATANG KEMBALI....


CHASING LIBERTY...
Entry aku kali ini tak ade ape yg menarik. Cuma sekadar mengingati apa yang telah berlalu sekian lama. Cerita mlm td kat tv 8 "Chasing Liberty" mengingatkan aku kembali pada filem A Walk To Remember....Heroin yg sama cume jalan cerita yang berlainan. Tup...tup...A Walk To Remember...mengingatkan aku kembali pada kenangan lalu...................heheheheheh

Wednesday, April 15, 2009

SAMBUTAN MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH...






Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Dari jauh tuan/puan datang
Orang Melaka sedia menanti

Hari ini (15 April 2009) - Sambutan Hari Melaka Bandaraya Bersejarah

Tuesday, April 14, 2009

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009....


Agak lewat aku memasukkan entry ini. Tapi yg pasti pesta buku dh kembali...aku sudah menyenaraikan buku2 yg nk dibeli. Hehehehe...spend money ma...Tp yg x plan lagi, bila nk pegi. B4 gaji or after gaji or amik cuti hari kerja or pegi on saturday or sunday...Dan lagi satu nk pegi ngan sape...Bcoz aku ni kalo dh jumpa buku memang x ingat. Masuk MPH Bookstore pun aku lepak lama apatah lagi PBAKL ni...Nak kene cari member yg boleh tahan kerenah aku...Hua,Hua,Hua.... who want to join me......

Lagi satu aku nk cari balik buku yg hilang.....buku tu asalnya member sekolah aku yg bagi..tapi ntah macam mane blh missing, habis sume rak buku kat rumah aku punggah tp x jumpa..hua...hua...hua.... Aku mencari di library....ada and then aku photostate. Tapi aku nk yg original punye..x taulah ade lagi ke x...buku yg aku cari tu karya Abd. Talib Hassan bertajuk Odah....

Yang pasti, pesta buku kali ini aku akan mendapatkan signature one of my favourite novelist "Rose Harissa"....hopefully...Tahun lepas aku sudah mendapat signature Damya Hanna also one of my favourite novelist....harap2...Untuk member aku Farah...aku harap ko akan mendapatkan signature your favourite novelist "Nazurah Aishah"....heheh..kalo dpt, aku pun nak gak signature die..hehehe jgn marah.....

Ok....see you there....PBAKL i'm coming......

Monday, April 13, 2009

ANUGERAH BINTANG POPULAR 2008.....


Ini pendapat aku :

- Aku suke konsep mlm td..."Sentuhan Tenun"......tp konsep tenun x nmpk sangat...

- Malam td aku rasa kalau tmpt Adlin tu, Afdlin Shauki yg amik mesti best. Lawak Adlin x leh nk blah...Sharifah Shahira memang best....

- Persembahan mlm td agak membosankan..ade pun yang best masa Jamal buat persembahan. Anita you are superstar...Siti, memang x leh nak challenge suara dia...

- Kebanyakkan pemenang memang dh dijangka...Farah Fauzana, you are the best....Amazing of Siti Nurhaliza...and of course Maya Karin...dia menang mlm td..suke aku tgk dia mlm td..nice...

Friday, April 10, 2009

EARTH HOUR 2...

Nice picture...... I got this link from my frenz, Pucca......rugi tak tengok...mesti tengok...

BEFORE AND AFTER EARTH HOUR.....
http://www.boston.com/bigpicture/2009/03/earth_hour_2009.html
p/s: Click the image to see it fade...

ISTILAH CINTA....



Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak...


Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka...

Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu...

Sumber ayat : Mingguan Malaysia - 8 Feb 2009



Wednesday, April 8, 2009

DARI LENSA KAMERAKU.....

Malam di Rumah Tamu USM 1........


Tingkap di Rumah Tamu USM 2......


Pagi di Cafe.....USM.....


Shoot dari tepi tingkap Air Asia.....


Pesta Belon Udara Antarabangsa Putrajaya 2009......

Indah di Pulau Pangkor.....

Senja di Pulau Pangkor....