Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan, setiap kali bertukar tahun, pasti soalan menyibuk yang akan ditanya : Apa azam tahun baru kau?
Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan, bagi yang belum berkahwin, pasti soalan kegemaran yang akan ditanya : Bila nak kahwin?
Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan, bagi yang sudah berkahwin, pasti soalan menyibuk yang akan ditanya : Bila nak ada anak?
Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan, bagi yang sudah beranak seorang, pasti soalan menyibuk yang akan ditanya : Bila nak tambah anak?
Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan, bagi yang sudah ada anak dara atau teruna, pasti soalan menyibuk yang akan ditanya : Bila nak menantu?
Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan, bagi yang sudah bermenantu, pasti soalan menyibuk yang akan ditanya : Bila nak dapat cucu?
Tapi kalau soalan menyibuk ni orang tanya aku : Bila kau nak mati? Jawapan aku : Ambil pisau pastu kasi tikam mati orang tu. Baru dia tahu mati bila...Kejam tak?
*******************************************
*Ini adalah entry berbaur balas dendam dan ketidakpuasan hati. Sudah menjadi kebiasaan manusia disekeliling kita akan bertanya soalan2 menyibuk yang kadangkala rasa nak tumbuk je muka orang yang bertanya tu (kejam lagi)...Zaman sekarang manusia sudah tidak dapat membezakan antara peribadi dan umum. Mereka sudah buta dalam membezakan harga maruah seseorang sehingga alpa dengan pertanyaan berbaur harga diri seseorang (pergh..mcm pengkritik). Sebenarnya, orang yang prejudis macam ni kita abaikan je dan biarkan dia dengan soalan menyibuknya. Tapi kalau dah terlampau ekstrem dengan soalan menyibuknya, sesekali kasi flying kick hinggap kat kepala dia biar kasi lupa ingatan, confirm dia lupa dengan dunia soalan menyibuknya (makin bertambah kejam).
*Allah memberi kita kegembiraan dan kebahagiaan kerana Allah ingin menguji kita. Di sini nilai kesyukuran menjadi ukuran agar kita tidak alpa. Namun sekiranya kealpaan itu berterusan, suatu hari nanti keberkatan itu akan hilang sedikit demi sedikit mahupun sekelip mata.
*Allah memberi kita kedukaan dan kesusahan kerana Allah ingin menguji kita. Di sini nilai kesabaran dan ketabahan menjadi ukuran agar kita sentiasa berusaha. Namun sekiranya kita putus asa, suatu hari nanti keberkatan itu akan hilang sedikit demi sedikit mahupun sekelip mata.
*Kegembiraan, kebahagiaan, kedukaan, kesusahan adalah ujian Allah. Sejauh mana kita mensyukuri nikmat dan rezeki yang dilimpahkan kepada kita. Jangan alpa dan putus asa kerana di saat inilah syaitan akan menguasai.
*Buat orang dan soalan menyibuknya : Soalan itu bukan kerja engkau, simpan sahaja soalan itu untuk diri sendiri dan bersyukur dengan rahmat yang Allah berikan untuk diri kita sendiri. Sebagai hamba Allah di muka bumi ini, berdoa dan berusaha agar segala perbuatan dan perjalanan hidup kita akan diberkati dan mendapat keredhaan Ilahi..insyaallah....:-)