Wednesday, November 23, 2011

TAHNIAH HARIMAU MUDA...:-)


TAHNIAH SKUAD HARIMAU MUDA.....
PINGAT EMAS MENJADI MILIK MALAYSIA....


Saturday, November 19, 2011

BFF vs SMF.....

Melewati meja jualan Karangkraf sempena Hari Bersama Pelanggan tempoh hari, hati saya tertarik dengan novel karya Amanda Aniqah bertajuk "Betulkah?" Kenapa saya ingin membacanya? Jawapannya agak pelik...kerana saya tertarik dengan apa yang tercetak di cover novel ini.......

*******************************************

"Kawan + kawan = aku + kau = besfriend forever (BFF)"
"Kawan + kekasih = sayang + abang = soulmate forever (SMF)"

********************************************

Bagi saya ianya menarik perhatian....kerana mengingatkan saya pada konsep yang digunakan dalam 1.4.3.7 @ I LOVE YOU FOREVER.....heheheheheeh...

p/s: { Maaf kerana sudah lama tidak menulis di blog ini kerana tuan umah berada dalam situasi kekangan masa untuk menyiapkan research semester akhir...huhuhuhu...rindu pada TULIP INI UNTUK AWAK yang terbengkalai sekian lama....:-( }

Friday, November 4, 2011

ISTIKHARAH CINTA.....


Seorang wanita dipinjamkan tulang rusuk seorang lelaki. Seorang wanita menjadi tulang belakang dan pendorong seorang lelaki. Seorang wanita ditakdirkan untuk seorang lelaki. Istikharah menjadi petunjuk dan pedoman buat seorang wanita dan seorang lelaki dalam memilih pasangan untuk melayari sebuah bahtera kehidupan. Sebuah bahtera yang akan dikemudi oleh seorang lelaki dan dibantu oleh seorang wanita. Perjalanan lancar sebuah bahtera bergantung kepada persefahaman antara pengemudi dan penolongnya. Persefahaman yang lahir dari hati yang ikhlas antara keduanya membuahkan perjalanan hidup yang sempurna. Keimanan menjadi pendinding hati menjadikan perjalanan hidup akan diberkati oleh Yang Maha Esa. Semoga perjalanan hidup sebuah bahtera yang dikemudi menuju ke arah keberkatan dan kebahagiaan....

*****************************************************************

Ku titipkan lirik ISTIKHARAH CINTA untuk dihayati....

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

*************************************************

p/s: { Coretan ini hadir taktala mendengar alunan melodi dan lirik menyentuh hati ini. Luahan SIGMA melalui nasyid yang bertajuk "ISTIKHARAH CINTA".....}

Wednesday, November 2, 2011

TUHAN BERIKAN AKU CINTA......

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Lagu & Lirik : Ayu Shita

******************************************************

REASON KENAPA AKU KATA LIRIK LAGU INI SEDIH KALAU DIHAYATI.....

Akhirnya, penantianku selama ini sudah ku temui penghujungnya. Satu penantian yang membawa kedukaan dan akhirnya aku yang terlewat. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui hikmah di sebalik apa yang berlaku.......
Akhirnya aku melepaskan dirinya perlahan demi perlahan, cuba membuang perasaan yang wujud kepada dirinya......walaupun pada hakikatnya payah untuk dilakukan, walaubagaimanapun aku mesti melepaskannya. Selama mana kita menanti, kalau dia bukan ditakdirkan untuk kita, dia bukan untuk kita.

**************************************************************************

p/s : { Hanya insan yang mengalami pengalaman ini akan berasa lirik ini menyentuh jiwa...}