Thursday, January 29, 2009

BICARA ALLY...


  • Malam td kat TV3, aku tengok program bual bicara ALLY. Ape yang membuatkan aku tertarik utk mengikutinya ialah topik yg dibincangkan iaitu "Bahasa Rojak, Bahasa SMS".

  • Panel yg membincangkan topik ni memang best. Biasalah...nama pun program bual bicara, pasti ada pendapat tersendiri. Ada yang menyokong dan ada yang tidak.

  • Tp bagi aku, bila bual bicara tentang isu bahasa Melayu memang aku suka nak tgk. Aku suka dengar pendapat org lain tentang bahasa Melayu. Sejak akhir2 ni memang isu Bahasa Melayu sering diperkatakan. Tak pyh cari contoh lain, aku sendiri pun tulis blog ni guna bahasa rojak..lepas ni aku cubalah tulis sepenuhnya. Hehehehe....
  • Tapi aku bangga kalau Bahasa Melayu terus dimartabatkan seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Yang penting diri kita sendiri.....Kitalah yang bertanggungjawab memartabatkan bahasa ibunda kita sendiri....kalau bukan kita siapa lagi.....

Wednesday, January 28, 2009

CHINESE NEW YEAR......

  • Every year we celebrate Chinese New Year like a Hari Raya. Semua adik-beradik sebelah mama akan balik berkumpul. My grandma buat lemang tahun ni...bestnyer...Nak tau kenapa meriah because my grandma was chinese.
  • Nenek di ambil oleh 2 org melayu (arwah moyang and sedaranya) dari sebuah keluarga cina di Batang Kali, Selangor ketika berusia 2 hari.
  • Hanya beberapa maklumat sahaja yang diketahui kerana mereka berdua tidak mahu menceritakan kerana takut nenek akan kembali kepada keluarga cinanya. Sehingga sekarang dia tidak pernah bertemu dengan keluarga cina sebenarnya. Kini, seorang sahaja yang masih hidup yang mengetahui susur galur keturunannya. Tetapi orang itu dh tua dan berada di Singapura.
  • Oleh kerana darah cina itu mengalir dalam tubuhnya, my grandma suka berniaga dan pandai menjahit. Satu maklumat yang diketahui ialah mak nenek merupakan merupakan seorang tukang jahit.
  • Nenek pernah bercerita yang dia pernah bermimpi bertemu dengan ibunya. Dalam mimpinya orang kate itulah ibu kamu. Dia hanya memandang tanpa berkata2. Bila sedar, nenek memberitahu, kalau nak tgk muka maknya tgk muka along...(Along tu akulah...) Sampaikan my uncle usik...nnt kalau nk cari keluarga nenek, kita bawak along sekali, senang nak kenal..(hampeh betul)...hehehe
  • My uncle (Paklong).....pandai berbahasa cina. Yang peliknya dia x pernah belajar secara formal bahasa cina.
  • Kalau dapat jumpa satu hari nnt, mungkin mak dan ayahnyer dh x de. Kalau ada pun mungkin adik-beradiknye sahaja. Tp at least nenek tahu dia punye keturunan. Harap2 kitaorg dpat gak cari keluarga nenek. Tp berharap agar saudara arwah moyang yang mengambilnya dari kelurga cina itu, masih mampu mengingati apa yang berlaku dan nama2 penting. Hopefully.....

Thursday, January 22, 2009

HADIAH DAN MAKNA TERSIRAT..

"Hari ni aku check e-mail and I found this...."Hadiah dan makna tersirat" .....korang hayatilah...heheheh"

Setiap hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/isteri/suami anda
mempunyai maksud yang tersirat...

JAM TANGAN - Tanda meningati setiap masa dan waktu
CINCIN - Tanda ikatan kasih yang abadi
GELANG - Tanda mesra
RANTAI LEHER - Ikatan cinta yang perlu perhatian
SUBANG - Tanda penghargaan dan penghormatan
KASUT - Sentiasa mengambil berat/prihatin
PAKAIAN/KAIN - Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu
PAYUNG - Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi
MINYAK WANGI - Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR - Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan
BUKU - Bersifat terbuka dan bertolak ansur
BUNGA - Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKELAT - Semanis cintamu
LAGU/CD/KAD UCAPAN - Mengabadikan cinta
SEJADAH DAN ALQURAN - Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat

PssssTT..heheeheehehe... Satu lagi.... zaman mellinieum.. ..
HANDPHONE
...tandanya....kau jangan lari dari ku!!!!......aku akan cari kamu walau di manapun... melainkan kalau handphone tu ditutup.....

HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!

MASUK MEMINANG
.... ..tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!hehehehehe

Monday, January 19, 2009

ANUGERAH JUARA LAGU (AJL 23).....




JUARA LAGU KE - 23

Lagu : Lagu Untukmu

Penyanyi : Meet Uncle Hussain

Komposer & Penulis Lirik : Taja Tass dan Lan

Penulis Lirik : Taja Tass dan Lan


KATEGORI ETNIK KREATIF

Lagu : Persoalan Cinta

Penyanyi : Farahwahida

Komposer & Penulis Lirik : Julfekar, Ku Seman dan Izza Rosley


KATEGORI BALADA

Lagu : Sampai Syurga

Penyanyi : Faizal Tahir

Komposer & Penulis Lirik : Audi Mok, Ahmad Izham Omar dan Faizal Tahir


KATEGORI POP ROCK

Lagu : Lagu Untukmu

Penyanyi : Meet Uncle Hussain

Komposer & Penulis Lirik : Teja Tass dan Lan


VOKAL TERBAIK

Faizal Tahir (Sampai Syurga)


PERSEMBAHAN TERBAIK

Faizal Tahir (Sampai Syurga)





MULANYA SATU CINTA....


  • Hari Sabtu...aku ngan Fidah pg SACC Mall, Shah Alam...saje je nk jln2. Pastu aku nmpk MPH (kedai yg wajib aku singgah x kira di mana) hehehehe. Fidah mmg dh fhm sesangat perangai aku..dr jauh lg dia dh bg isyarat kat aku.....Aku terus ke rak Novel Melayu and i found this novel...(Mulanya Satu Cinta - Rose Harissa). Terus aku beli. Kalo penulisnya Rose Harissa aku akan terus beli, sebab aku tau citer dia mmg best. Hehehehee.....aku dh survey novel ni dlm blog http://roseharissa.blogspot.com/
  • Ada 2 perkara menarik bila aku baca novel ni...

Yang pertama : Aku suka sangat dialog yang ini ....


"Kau nak aku berterus-terang? Ya, kau memang menjadi bebanan aku. Tapi aku perlukan kausebagai bebanan. Iryanie… aku ibarat kapal. Tanpa bebanan yang dilemparkan di laut, kapal itu akan terumbang-ambing. Kau ibarat sauh. Tanpa sauh, aku akan terumbang-ambing tanpa arah…” - Ezli


Iryanie… kau tahu tak, bila aku melihat kau, aku rasa aku dah bertemu dengan tulang rusuk aku yang hilang…”


Yang kedua : Kisah Tulang Selangka....

Dalam Buletin Utama mlm td ade kuar kisah seorang bayi yang dikatakan lumpuh seumur hidup kerana patah tulang selangka. Bila dengar tulang selangka semua org tertanya2 tulang selangka tu ape? Tp sume org tak tau termasuk aku. Sambil2 tgk AJL...sesekali aku baca novel Mulanya Satu Cinta bile time iklan..aku terjumpa perkataan tulang selangka...and barulah tahu tulang selangka tu..tulang kat bahu..



Sunday, January 18, 2009

KINI.........


Dinihari kian ku rasa

Ku imbas kembali waktu bersama
Segala kenangan silam
Bagai berlalu semalam
Hujan membasahi kita
Ku rasa bagai tangisan gembira
Dan burung bagai menyanyi
Lagu cinta

Kini hanyalah tinggal kenangan
Tiada ku rasa dalam genggaman
Hanya terdaya mengimbas semua
Kenangan yang lalu
Tiada kata ucapan di bibir
Tak ku sangka kali terakhir kini
KAu tidak akan kembali lagi

Sejenak ku tersedar pilu
Hanya bayanganmu yang menemaniku
Tapi apakan daya
Tuhan penentu segalanya

Kesal rasa hatiku
Kerna kali terakhir kita bertemu
Tiada ku lafazkan oh kata cinta

*Nota sisipan....."Sometimes we have to recollect the memories.........."

Thursday, January 15, 2009

BERDOA......

Ketika aku menjengah blog org lain.....hatiku terpaut dengan kata2 yang ditulis dalam blog milik http://fatinnymail.blogspot.com/......korang hayatilah.....

"Andai kau berdoa dan doa kau terus dimakbulkan, itu tanda Allah menyayangimu.....
Andai kau berdoa dan doa kau lambat dimakbulkan, itu tanda Allah mahu mengujimu.....
Andai kau berdoa tetapi tidak dimakbulkan, itu bermakna Allah merancangkan sesuatu yang lebih baik buat dirimu.....bersabarlah........."

Wednesday, January 14, 2009

GAZA 3 : ISRAEL SEMAKIN BERMAHARAJALELA...

‘Bush ikut telunjuk saya’

BAITULMAQDIS 13 Jan. – Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mendakwa keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk bersikap berkecuali semasa pengundian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis lalu dibuat setelah beliau ‘bercakap’ dengan Presiden George W. Bush.

Menurut Olmert, AS pada mulanya akan mengundi menyokong resolusi itu. Berikut adalah kenyataan Olmert seperti dipetik dalam laporan berita AFP hari ini.

- Olmert minta petugas menelefon Bush, namun mereka menyatakan Bush sedang berucap di Philadelphia.

- Olmert tegaskan bahawa beliau tetap mahu bercakap juga dengan Bush. Presiden AS itu kemudian turun dari podium dan bercakap dengannya.

AS pada mulanya akan mengundi resolusi untuk gencatan senjata di Genting Gaza tetapi tiba-tiba berubah selepas Bush bercakap dengan Perdana Menteri Israel.

Sumber : http://www.utusan.com.my/

Tuesday, January 13, 2009

MENEKA DALAM KESAMARAN.....

Dari sudut hati yang terluka
Dengan niat suci yang membara
Ku curahkan semua harapan ku yang ada
Kerana ku terlalu menyinta

Ku menyingkir tiap keindahan
Ku lepaskan apa yang ku genggam
Tiada ku inginkan keraguan mu
Kian berpanjangan tanpa pedoman

Keteguhan cinta ku pada mu
Membuat ku tak merasa jemu
Seringkali pertanyaan
Yang cuba aku timbulkan
Pada mu itu hanya kebosanan
Bagaikan ada kesamaran
Di dalam sinar pengharapan

Puas sudah mencari silap ku
Puas sudah meneka hati mu
Tiada ku temui
Jawapan mu yang pasti
Yang memberi ketenangan diri

Monday, January 12, 2009

CENTRAL MARKET STORY......

  • Semalam aku menemani kawanku Fidah ke Central Market (CM). Dia nk tempah hadiah untuk bebudak officenyer. Lepas kitaorg cari car park, perjalanan diteruskan. Kitaorg x park kat depan CM coz nk pegi ke situ kitaorg dh terlepas simpang. So, kitaorg parking depan area menara maybank. Kitaorg dengan berjalan kaki menuju ke CM.
  • Fuh....apa yang boleh aku gambarkan suasana kat area situ.....menakutkan, menggelikan, menjengkilkan mata yang memandang, kotor dan mcm2 lg yang dapat ditafsirkan.
  • Terasa mcm kita ni yg pendatang. Ramai sangat mat2 indon, mat2 bangla, mat2 myanmar, minah2 indon yang menjual tepi kaki2 jalan.
  • Yerk...ada yg selamba meludah depan member aku....
  • Bila melintas, x reti nk pandang kiri kanan, hon kereta jgn cakaplah.....Makin hon, makin selamba diaorg melintas...
  • Dhlah sesak dengan bas...asap bas lagi...fuh......
  • Nasib baiklah aku ngan member aku dapat melepaskan diri dari keadaan sebegitu rupa secepat mungkin....lega rase bila dh dapat naik kereta and blah terus dr tempat tu....
  • Jangan biarkan identiti Malaysia dicemari suasana sebegini rupa....

Saturday, January 10, 2009

PATRI....

Andai hati ini sang kecapi
perasaan jadi talinya
engkau memetik jari jemari
berlagu irama duka dan lara

Andai tubuh ini boneka
nalurinya benang sutera
engkau dalang mengawalnya
ketimur keutara kemana jua
aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman

Andai diri ini taman tasik
sang kirana pula jiwa raganya
engkau menjaring dengan senyuman
dan mengurungkannya dari segala
namun diri ini insani
pasti ada kemahuannya

Kerna aku terpanah arjuna
sedikitpun tidakku menyesali ooo
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci....ooo..oo

Wednesday, January 7, 2009

GAZA 2 : THINK ABOUT IT..


ANGGOTA penyelamat memeriksa keadaan mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui tertimbus dalam runtuhan rumahnya selepas serangan tentera Yahudi ke atas rumah ahli Hamas di Zeitun, semalam.

Tuesday, January 6, 2009

GAZA............



















Monday, January 5, 2009

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN......

Hari pertama persekolahan meninggalkan banyak kenangan buat kita semua. Hari pertama ini kita mengenal kawan2 baru, kita panggil cikgu, kita duduk di dalam kelas, bila rehat kita makan kat kantin, ada loceng berbunyi, ada perhimpunan dan banyak lagi yang kita kenal.

Bagi aku......itu semua kenangan. Aku juga pernah mengalami kenangan itu.
  • 1987 : Aku bersekolah tadika di Tabika KEMAS Sungai Jernih. Kebetulan jiran aku ketika itu seorang guru tadika yang mengajar di sini. Jadi aku mengikut dia bersekolah di sini.
  • 1988 : Tamat sekolah tadika, aku masuk darjah Satu kat Sekolah Kebangsaan Sungai Siput. Jadi aku tidak mengenali kawan2 di sekolah tersebut. Bagi aku mereka semua kawan2 baru. Masih ingat lagi, bila masuk kelas semua murid2 pandang aku. Aku jadi takut dan malu...hehehehehe. Tapi bila dh lama2, aku jadi biasa. Kebanyakkan di situ semua sekolah tadika kat Tabika KEMAS Sungai Siput. Aku sorang je yang sekolah tadika tempat lain....heheheheh.

Tapi itu semua tinggal kenangan yang tidak boleh diulang kembali......hanya masih disimpan kemas sebagai kenangan terindah hari pertama persekolahan...

Friday, January 2, 2009

FROM THIS MOMENT ON....

(I do swear that I'll always be there. I'd give anything
and everything and I will always care. Through weakness
and strength, happiness and sorrow, for better, for worse,
I will love you with every beat of my heart.)

From this moment life has begun
From this moment you are the one
Right beside you is where I belong
From this moment on

From this moment I have been blessed
I live only for your happiness
And for your love I'd give my last breath
From this moment on

I give my hand to you with all my heart
Can't wait to live my life with you, can't wait to start
You and I will never be apart
My dreams came true because of you

From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn't give
From this moment on

You're the reason I believe in love
And you're the answer to my prayers from up above
All we need is just the two of us
My dreams came true because of you

From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn't give
From this moment
I will love you as long as I live
From this moment on

Salam Maal Hijrah 1430h and Happy New Year 2009........

  • Hallo.......to all my frenz, I wish u have a nice day and salam maal hijrah 1430h.... hepy new year 2009.
  • So, kalo korang nk follow story aku, korang gi blog aku yang ini http://penakumenulis.blogspot.com/......dh lame sebenarnya nk mula tulis blog kat sini. Aku dh start tulis blog ni since July 2008. Tapi sayang pulak nk tinggalkan blog aku kat friendster tu..(May 2006 - Jan 2009) lamernyer...hua..hua..hua...
  • 2009 ni aku mula dengan azam baru..jadi aku ubah penulisan aku kat sini. Penulisnyer tetap sama......cuma lain tempat...heheheheheheh