Thursday, April 16, 2015

PART 2 : KERANA CINTA......


KUALA LUMPUR

“Saya minta maaf kerana melukai awak.” Perempuan itu bersuara seolah-olah tidak ada perasaan bersalah di dalam dirinya.
“Kenapa awak buat saya begini? Apa salah saya pada awak? Kenapa awak tak tolak pinangan keluarga Iskandar, sedangkan awak dah ada saya.”
“Awak tidak ada salah apa-apa dengan saya. Cuma ini keputusan saya. Saya rasa awak terlalu baik buat saya dan merasakan saya tidak layak untuk bersama dengan awak.” Petah sungguh lidahnya menutur kata tanpa rasa bersalah.
Wajah perempuan itu dipandang dengan perasaan yang bercampur-campur. Marah, geram, sedih semua bercampur aduk ketika itu. Dan akhirnya lelaki itu memberi kata putus.
“Baiklah kalau itu pilihan awak. Saya terima perpisahan ini dan saya berharap takkan jumpa awak selepas ini biarpun lelaki yang awak nikahi itu adalah sepupu saya sendiri.” Itu tekadnya.

Habis menutur kata-kata terakhir, lelaki itu melangkah meninggalkan perempuan yang selama ini berada di dalam hatinya. Dibiarkan perempuan itu pergi buat selama-lamanya biarpun hatinya merintih duka.


to be continued.....

Monday, January 26, 2015

PART 1: KERANA CINTA......


PROLOG:

Langit sudah menampakkan kelamnya. Warna oren yang melatari luasnya langit sudah beransur gelap. Subhannallah ciptaan Yang Maha Esa. Di beranda sebuah rumah pusaka, kelihatan seorang perempuan duduk di kerusi kayu berukir bunga yang melingkar. Di wajahnya pula terukir duka yang tidak berpenghujung.
Dalam sepi, ada suara memanggilnya perlahan.
“Qalisha, hari dah senja ni. Mari kita masuk.” Lembut suara itu memujuk.
“Tapi Adam belum datang kak.” Jawab Qalisha.
“Tak apa. Besok kita tunggu lagi ya. Maghrib pun hampir masuk waktunya. Tak elok duduk di luar senja-senja begini.”
Qalisha menuruti kata-kata Ariana. Langkah diatur perlahan masuk ke dalam rumah. Namun di dalam hati, Qalisha begitu sedih kerana insan yang dinanti itu tidak kunjung tiba. Di mata Ariana pula, sudah ada airmata yang bertandang melihatkan keadaan adiknya itu. Kerana cinta yang tidak kesampaian Qalisha berada di dunia ciptaannya sendiri. Dan kerana cinta serta kasih sayang seorang kakak kepada adiknya, segala kata hati Qalisha diturutkan agar peristiwa itu tidak berulang kembali.


to be continued........

Wednesday, November 12, 2014

KASIH SAYANG ALLAH.....

L: Jom balik. Dah senja ni.
P: Saya sedih sangat-sangat.
L: Saya faham perasaan awak. Tapi kalau dia tengok awak macam ni, mesti dia marah. Dia kan tak suka tengok awak menangis.
P: Kenapa dia pergi tinggalkan saya?
L: Kerana Allah lebih menyayanginya.
P: Saya pun sayang dia jugak.
L: Kasih sayang kita tak boleh menandingi kasih sayang Allah. Kasih sayang Allah tiada tandingannya.

Wednesday, November 5, 2014

ENTRY TANPA JUDUL...JUST THINK :-)



I wish you knew...your soulmate is around you

credit: photo from Kumkum Bhagya....abhi vs pragya

Tuesday, May 27, 2014

CERITA 7: 27 REJAB....

Lepak di tebing bukit melihat team 'U' main bola sepak.

Riana: Nak ais krim?
Arit: Tak nak.
Riana: Amboi...tolak rezeki.
Arit: Ish..bukan tolak rezeki
Riana: Habis tu?
Arit: Orang puasalah

Riana buat muka pelik

Arit: Tak payahlah buat muka macam tu.
Riana: Yelah...ko ade tinggal puasa ke?
Arit: Aku puasa sunatlah
Riana: Puasa sunat?
Arit: Puasa sunat 27 Rejab Cik Riana.

Riana tersenyum malu mendengar jawapan Arit.

**********************************
p/s: disebabkan stress, rasa menulis kembali di hati...pelikkan..:-)

Tuesday, May 20, 2014

CERITA 6: MENANTI KEHADIRAN RAMADHAN.....


Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela

Riana: Mak ai! Puasa pun belum, kau dah nyanyi lagu raya.
Arit: Ambik feel puasa dan raya.
Riana: Feel lah sangat.
Arit: Mestilah.
Riana: Arit, kau rasa dia akan balik tak?
Arit: Tiada jawapan untuk soalan ko tu.....
(Riana memandang Arit)

........................................................
*p/s: Wah lamenyer tuan umah x menulis....grrrr....

Tuesday, April 29, 2014

PERJALANAN SETERUSNYA....

Perjalanan seterusnya sudah bermula. Melihat, merakam, memahami, membaca identiti perlu di teliti agar langkah yang diambil tidak terkeluar dari landasan yang sebenar.

Tuesday, February 4, 2014

RAHSIA DI SEBALIK DHUHA....

Keikhlasan di dalam Dhuha....Allah memberikan limpah kurnia yang tidak terhingga. Amin....

Monday, January 6, 2014

2014.....

2013......selangkah demi selangkah meninggalkan kenangan.
2014......selangkah demi selangkah mencipta kenangan.

Wednesday, October 23, 2013

HADIAH TERINDAH 21/10/2013



21 OKTOBER 2013....(ISNIN)

LEMBARAN KETIGA

Lembaran ini hanya tertulis ucapan hari lahir. Tetapi ucapan itu amat menyentuh perasaan sesiapa yang membacanya. Ringkas tetapi begitu dalam maksud yang tersirat disebaliknya.

“Selamat Hari Lahir Mama. Tahun ini anakmu menghadiahkan mama bacaan Yassin dan sedekah Al-Fatihah buat mama di alam sana. Doa anakmu, agar mama tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Semoga ianya menjadi hadiah terindah dan bermakna buat mama.”

Al-Fatihah

*credit dari "NUKILAN HATI ARISSA" -

Friday, August 30, 2013

POEM...



Baca....memahami....berfikir.....  

 (credit : dari FB tuan umah sendiri...hehehehe)

Monday, August 12, 2013

SYAWAL....

Syawal mengorak langkah meninggalkan Ramadhan...Semoga bertemu kembali Ramadhan...