Wednesday, March 31, 2010

1.4.3.7.... - PART 6 -


Sambungan dari PART 5....

**********************************************************************************

Mereka bertiga memilih cafe di seberang pejabat untuk sarapan pagi. Baru minggu ni mereka dapat keluar makan bersama setelah seminggu Tasya out station.
"Tasya, ada orang tu rindu kat kau."
"Iye Alan. Aku tahu siapa. Kau kan?"
"Ceh. Tu..best friend kau."
Qairien mengerutkan dahinya.
"Dah kenapa aku pulak."
Jawapan yang paling suka didengari kalau Qairien menjawab. Gurauan tak pernah lari dalam perhubungan mereka bertiga. Malah dengan gurauan hubungan mereka menjadi rapat.
"Alan, aku dengar ada orang tu dapat bunga."
"Aaah..Tersenyum orang tu Tasya, dapat bunga."
Hampeh. Kenakan aku lagi budak dua ekor ni.
"Kenapa? Kau jeles ye Alan." Qairien membalas mempertahankan dirinya.
"Taklah jeles. Tapi, kalau aku tak payah bagi bunga. Aku terus pinang kau."
"Aku sokong." Tasya menyambung
Bulat matanya melihat Tasya menyokong Alan. Sudahnya mereka bertiga ketawa.
Dari jauh Tasya dapat melihat Adam menuju ke arah mereka.
"Kenapa?" Alan bersuara melihat muka pelik Tasya.
"Tu bukan Adam ke?"
Alan dan Qairien menoleh ke belakang.
"Bukan minggu ni dia kene pergi seminar ke?"
"Itulah. Aku tengok jadual seminar, minggu ni turn dia." Qairien mengiyakan persoalan Alan.
Adam tiba di meja mereka bertiga.
"Kau ponteng seminar yer?" Alan bertanya.
"Taklah. Aku tukar dengan Zack. Kalau minggu depan aku ada kau dengan Qairien."
Alan menganggukkan kepalanya. Alan tahu kenapa. Sebab ada Qairien. Senyuman nipis terukir di bibir Alan. Tasya perasan senyuman itu.
"Boleh aku join korang breakfirst?"
"Have a sit, Adam." Tasya mempelawa. Sementara itu Adam mengambil tempat di sebelah Tasya.
"Kau dah minum belum Adam? Kalau belum orderlah. Aku belanja semua hari ni." Qairien bertanya.
Adam memilih nasi goreng dan air milo sebagai menu paginya. Rancak mereka berempat berbual dengan pelbagai topik. Sesekali diselangi gelak ketawa. Sedang galak mereka berbual, handphone Qairien bergetar di atas meja. Lantas message yang diterima dibaca.
'Heheheheheh...aku rasa Adam nak pergi seminar dengan kau. That's why dia tukar'.
Qairien menaip message untuk dihantar kepada pengirim itu
'Huh...Bengong...dush.' Butang send ditekan.
Serentak itu, kaki Qairien menendang kaki Alan yang berada disebelahnya sebagai hukuman menghantar message itu.
Alan sedikit tersentak dan mengaduh sakit. Tasya dan Adam bertanya. Manakala Qairien pula pura-pura juga bertanya.
"Erk....Tiba-tiba kaki aku kejang." Alan memberi jawapan yang paling bernas.
Kuat betul si Qairien ni tendang kaki aku. Sendiri cari pasal, sendiri yang kena.

**********************************************************************************

bersambung......

Monday, March 29, 2010

PBAKL 2010...


Akhirnya...Sabtu lalu, aku berjaya juga menjejakkan kaki ke PBAKL untuk mencari karya-karya terbaru...... Bagaikan satu kepuasan dapat melihat pelbagai genre buku yang ada. Melewati setiap kiosk, membuatkan aku macam nak beli semua buku yang ada. Heheheheh..... Yang pasti, apa yang aku nak, dh dapat aku beli.....:-)

p/s : Confirm my mom "bising" coz dh tak tau kat mana nak letak buku yang melambak kat umah tu...hehehehehehehehe

~ BUKU - LAKARAN MASA DEPAN ~

Friday, March 26, 2010

NATRAH & BUKIT KEPONG

Minggu ni "mood" aku lebih pada penghayatan sejarah..cewah..heheheh...

Minggu ni - Cuba menghabiskan buku tentang Natrah tulisan Fatini Yaacob

Semalam - Tengok Filem "BUKIT KEPONG" arahan Dato' Jins Samsuddin

Tuesday, March 23, 2010

1.4.3.7.... - PART 5 -


Sambungan dari PART 4.....

******************************************************************************

Jam di skrin komputernya sudah menunjukkan tepat 8.00 malam. Penatnya tak terkata. Namun kertas kerja itu perlu disiapkan hari ini juga sebelum diserahkan kepada Tuan Hafiz besok. Mujur Alan sudi menunggunya hingga lewat begini. Kalau tak kerana menumpang Alan, tentu dia tidak akan menyusahkan kawannya itu.
"Engineer pun tak banyak kerja macam kau, Qairien."
Terkejut bila dia mendengar suara itu yang tiba-tiba menyapa gegendang telinganya di waktu-waktu begini. Sedikit pun dia tidak perasan, bila masa Alan memasuki biliknya. Alan tersenyum melihat mimik muka Qairien, bila dia menyergahnya.
"Alan, lainkali bagilah salam dulu. Berderau darah aku."
"Sorry. Banyak lagi ke kerja kau tu?"
"Mmm..ada sikit lagi. Kenapa? Kau dah nak balik ke?" Qairien cuak bila Alan bertanya begitu.
"Kalau aku balik sekarang, kau nak balik naik apa? Ke...kau nak balik dengan Adam?" Alan mengusik.
"Alan!" Geram Qairien dengan mamat ni. Orang tanya, dia jawab main-main pulak.
Alan melangkah menuju ke sofa hijau yang terletak di ruang tengah bilik itu. Lalu melabuhkan badannya ke atas sofa yang empuk itu.
"Qairien, kalau aku terlelap, kau kejutkan aku tau. Kau jangan biarkan aku tidur kat sini sampai pagi."
"Tak nak." Giliran Qairien mengenakan Alan.
"Qairien.."
"Iyelah. Takkan aku nak biarkan kau tidur kat sini."
"Aku tau, kau takkan tinggalkan aku punya. Kau sayangkan aku kan."
"Lagi sekali kalau kau bersuara, betul-betul aku tinggalkan kau."
Tergelak besar Alan mendengar jawapan Qairien. Malas Qairien nak melayannya. Lantas dia menyambung kembali menaip baki laporan yang perlu disiapkan. Sedang leka dia meneliti data-data kewangan syarikat, pintu biliknya terbuka. Kelihatan Adam tersenyum ke arahnya.
"Tak balik lagi Qairien?"
"Kejap lagi, Adam. Kau tak balik lagi?"
"Dah nak balik ni. Waktu nak keluar tadi, aku tengok bilik kau terang, itu yang singgah. Balik dengan siapa?"
"Tu....dengan Alan." Adam tidak perasan yang Alan ada di bilik itu. Sangkanya Qairien keseorangan.
"Oooo...aku ingatkan kau sorang. Erm...kalau macam tu, aku balik dululah." Agak kecewa bila Qairien memberitahu Alan menemaninya. Namun dibiarkan kecewa itu berlalu.
"Err..Adam..." Qairien teragak-agak memanggilnya. Niatnya cuma ingin mengucapkan terima kasih atas kiriman bunga tempoh hari.
Adam menoleh kembali.
"Thank's untuk kiriman bunga hari itu. Nice."
"You are welcome. Kiriman itu sebagai tanda persahabatan." Adam membalasnya.
Senyuman terukir di bibir merah Qairien. Begitu juga Adam.
Selepas bayangan Adam hilang dari pandangannya, dia menyambung kembali kerjanya yang terhenti seketika dan akhirnya laporan itu siap jua.
Dengan perlahan dia melangkah ke arah sofa untuk mengejutkan Alan. Alahai, kesiannya kawan aku ni. Sampai terlena. Menatap wajah Alan seperti ada satu perasaan yang sukar diungkapkan terbit dari hatinya. Memandang muka Alan, membuatkan dirinya teringat pada gurauan-gurauan Alan. Qairien mengharapkan agar gurauan itu benar. Namun dia sendiri tidak pasti sama ada Alan bergurau ataupun tidak. Seakan tersedar dari lamunannya, Qairien mengejutkan Alan. Mata Alan sedikit terbuka, bingkas bangun bersandar di sofa.
"Dah siap ke kerja?"
"Dah. Jom kita balik."
Mereka melangkah menuju ke tingkat bawah. Sampai di kereta Alan, Qairien menawarkan dirinya untuk memandu setelah melihat Alan seakan keletihan.
"Aku drive ye."
Perlahan anggukan Alan. Kunci bertukar tangan.
Deruman kereta Alan yang dipandu Qairien menyelusuri di atas jalanraya bergema membelah keheningan malam menuju destinasi seterusnya. Alan menyambung kembali lenanya manakala Qairien memandu dengan tenang semoga sampai ke destinasi yang dituju.

**********************************************************************************

bersambung.....

Monday, March 22, 2010

LUAHAN TUAN PUNYA BLOG :-)

Huh..busy betul tuan blog ini smp x sempat nk update entry yg baru. Dh lame rasenya x jengah blog ni dan juga blog rakan2 lain. Sejak akhir2 ni byk keje sikit and kene attend kursus..fuh...Tapi hari ini aku gagahkan juga utk menjegah blog rakan2. Sempat jugaklah tinggalkan komen kat blog diaorg..heheheheh..time tengah rajin memang mcm tu. :-) Wokeh...see u all next entry...bye...have a nice day.

My TaRgEt :
  • Finish 1.4.3.7 nyer story....huhuhuh
  • Nak rajin2kan diri ini, utk update blog....
  • Nak ubah suai suasana blog ni..(huhuh x taulah bile leh ubah...)

Friday, March 12, 2010

1.4.3.7.... - PART 4 -


Sambungan dari PART 3.....

*******************************************************************************

Kereta Adam bergerak perlahan memasuki kawasan letak kereta berbumbung yang dikhaskan. Disebalik cermin keretanya yang gelap, dapat dia melihat Qairien keluar dari kereta Alan. Adam cuba mempercepatkan langkah agar dapat menyaingi mereka berdua.
"Awal kau sampai hari ini Adam?" Qairien bertanya setelah menyedari kehadiran Adam.
"Aku dari Pahang terus ke office."
"Macam mana projek kat sana? Ok tak?" Alan mencelah.
"So far, Alhamdulillah."
"Rajin kau datang kerja hari ini. Kalau aku, confirm dah cuti."
Senyum Adam mendengar kata-kata Qairien.
"Masalahnya sekarang ni, Adam tu bukan Nur Qairien Yusrien. Budak perempuan yang suka cuti bila balik dari out station." Alan mengenakan Qairien.
"Hampeh kau. Kau jangan dengar cakap si Alan ni, Adam"
"Tapi realitinya memang macam tu kan, Qairien."
Adam menyebelahi Alan.
"Tak guna kau orang berdua, pakat kenakan aku ye."
Adam dan Alan ketawa dapat mengenakan Qairien.
"Kereta kau masuk workshop ke, Qairien?" Lupa pula Adam pada tujuan asalnya.
"Taklah. Tayar kereta aku pancit. Dahlah hari ini ada pembentangan. Haru, Itu yang tumpang si Alan ni."
"Nasib baik aku tak pergi lagi Adam, kalau tak pagi-pagi ni kau akan nampak seorang staff perempuan berjalan kaki datang office."
Serentak itu Alan menjauhkan diri dari Qairien kerana dia tahu Qairien akan menumbuknya seperti biasa yang dilakukan. Adam ketawa melihat gelagat mereka berdua. Akrab. Perasaan cemburunya datang lagi. Mengapa.
Sebelum pembentangan Qairien membuka e-mailnya untuk melihat kalau-kalau ada mesej yang dikirim oleh 1.4.3.7 buat dirinya. Benar. Ada mesej baru.

Today' preparation
Tomorrow achievement
Try hard enough

You will make it


Ikhlas dari saya....
1.4.3.7...


******************************************************************************

bersambung..........

Wednesday, March 10, 2010

MY HOBBY....


{BOOK} + {STAMP} + {NETBALL}
=
~ MY HOBBY ~

Tuesday, March 9, 2010

1.4.3.7.... - PART 3 -


Sambungan dari PART 2......

*********************************************************************************

Pagi ini, entah kenapa jam locengnya tidak berbunyi. Sudahnya dia terjaga jam 6.30 pagi. Huh..dah lambat. Bergegas dia bersiap. Setelah memastikan semuanya dikunci, Qairien memanaskan enjin keretanya.
Biar betul tayar ni..pancit. Ah sudah. Dahlah hari ini ada pembentangan. Qairien membebel sendirian memarahi dirinya sendiri. Tasya out-station pula. Qairien merungut lagi. Kepalanya ligat mencari sesiapa yang sudi menolongnya. Beberapa saat kemudian, dia tersenyum. Nombor Alan didail.
"Hello makcik, kau mimpi apa call aku pagi-pagi ni?" Suara Alan kedengaran.
"Alan, aku nak minta tolong. Tolong ambil aku kat rumah. Tayar kereta aku pancit. Hari ini aku ada pembentangan. Please."
"What! Tayar kereta kau pancit. Oklah. Kau tunggu, sekejap lagi aku sampai."
"Ok. Thank's my friend."
"Kau belanja aku Nando's." Alan sempat lagi mengusik Qairien.
"Iyelah. Aku janji belanja kau."
Alan tiba tepat seperti yang dijanjikannya untuk menumpangkan Qairien. Bukannya jauh rumahnya dengan Qairien.
"Balik nanti aku tolong kau tukarkan tayar tu."
"Thank's Alan. Kalau kau tak ada, confirm aku terlepas pembentangan hari ini." Qairien tersenyum bila Alan sudi menolongnya.
"Aku kan bestfriend kau."
"Iyelah. Kaulah bestfriend aku selama-lamanya." Qairien menjawab.
"Bestfriend je. Not more than that?"
Terdiam seketika Qairien mendengarnya. Dia tahu Alan bergurau. Tapi bagi dirinya, mengharapkan Alan tidak bergurau.
Alan perasan air muka Qairien berubah lantas bersuara.
"Qairien, aku gurau jelah. Aku tau taste kau macam mana."
"Aku tahu kau bergurau. Tu yang malas aku nak layan." Qairien cuba menutup kegugupannya. Walaupun demikian, Qairien tidak tahu yang Alan perasan riak wajahnya yang berubah.

**********************************************************************************

bersambung.....

Friday, March 5, 2010

1.4.3.7.... - PART 2 -


Sambungan dari PART 1......

******************************************************************************

Benar tekaannya siang tadi. Kata-kata itu ada kaitan dengan kad yang diterimanya semasa di Tingkatan 3 dulu. Dicantumkan lalu menjadi satu madah yang lengkap.

Ada seorang budak perempuan
Dia sangat comel bila marah

Saya suka tengok dia


Ada seorang budak perempuan

Dia budak kelas sebelah

Hari-hari saya nampak dia


Itu kisah dulu kala

Saat kali pertama aku tengok dia


Kini dia masih seperti dulu

Sentiasa dekat dengan aku


Kenangan 12 tahun yang lalu menjelma di mindanya.
Tamat waktu Pendidikan Jasmani, semua berkejar-kejar menuju ke bilik air. Qairien dengan malasnya melangkah ke dalam kelas menuju ke tempat duduknya untuk mengambil beg pakaiannya. Dia menarik beg yang diletakkan bawah mejanya, sekeping kad berwarna merah jambu jatuh ke lantai. Lantas diambil kad itu.

Untuk awak, Qairien.

Pelik. Qairien memandang ruang kelasnya. Tiada siapa yang boleh disyaki. Namun kad itu disimpan tanpa pengetahuan sesiapa.
Dan kini, setelah 12 tahun peristiwa itu berlalu, insan misteri ini muncul kembali. Seolah-olah mengekorinya. Macam sumpahan. 1.4.3.7..apa maknanya? Siapa dia ni?
Argh..pening kepala Qairien. Hatinya tergerak untuk membuka e-mailnya. Tepat gerak hatinya. Ada mesej yang dikirim 1.4.3.7 buat dirinya.

Sahabat yang baik,
Apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati ALLAH,

Mendengarkan kata-katanya menambah ilmu,

Terlihat gerak-gerinya meninggalkan taku kepada ALLAH,

Berkawan dengannya, berjuang ke jalan ALLAH....


Ikhlas dari saya:

1.4.3.7...


****************************************************************************

Qairien melangkah ke biliknya. Namun hari ini tidak seperti hari-hari biasa sebelumnya. Qairien dapat merasakan ada sesuatu yang pelik berlaku pagi ini. Semua stafnya menghadiahkan senyuman penuh makna ke arahnya. Ada juga yang berbisik-bisik. Qairien mula berasa sangsi. Langkahnya dipercepatkan agar tidak menjadi perhatian. Sampai di bilik, dia melihat baju yang dipakainya. Takut-takut ada yang terkoyak. Tiada pula. Kenapa pelik senyuman diaorang hari ini. Qairien menggelengkan kepalanya. Namun untuk seketika, menjadi pelik sekali lagi apabila matanya melihat sejambak bunga yang berada di atas mejanya. Gulp. Siapa pula yang bagi bunga pagi-pagi buta ni. Perlahan dia menuju ke mejanya. Terselit sekeping kad bersaiz kecil. Ada nota di dalamnya.



"Salam Ukhwah..."
~ ADAM7 ~

Adam....bibirnya menyebut nama itu. Ntah-ntah inilah yang disenyumkan oleh stafnya. Dah kenapa dia nak bagi aku bunga. Salah orang ke si Adam ni. Leka dia seketika sampai tak sedar Alan menjengah.
"Wah, senyum sorang-sorang nampak?" sergah Alan
Qairien terperanjat. Fuh..semangat.
"Oooo..patutlah tak perasan aku datang, dapat bunga rupanya. Dari siapa tuan puteri?"
Tanpa bersuara, Qairien mengerlingkan lirikan matanya ke arah luar menghala ke sebelah bilik Alan. Terperanjat Alan melihat bilik yang dimaksudkan oleh Qairien.
"Adam.....bagi kau bunga. Kau biar betul Qairien."
"Apa yang tak betulnya. Takkan bunga ni berjalan sendiri masuk bilik aku pulak." Qairien menjawab.
"Dush untuk kau. Kalau bunga ni berjalan, satu office ni lari." Alan membalas.
"Dah tu?"
"Buang tabiat ke mamat tu?" Alan berasa pelik.
"Kalau kau pelik, aku sejuta kali pelik. Dah kenapa pulak dia nak bagi bunga kat aku." Qairien juga seperti Alan.
"Wah. Pantas sungguh Mohd Adam Adli."
"Apa yang pantas?" Tanya Qairien.
"Maksud aku, Adam lebih pantas bertindak dari aku. Aku baru nak tackle kau. Tapi dia dah mula dulu."
"Kau kan...." Cubitan halus singgah dilengan Alan.
"Adoi...sakitlah Qairien, meh aku cubit kau nak?"
Pantas Qairien menggeleng. Ketawa besar Alan apabila melihat Qairien meminta maaf lagak seperti orang nak menghadap sultan. Qairien juga ketawa. Dia tahu Alan bergurau.
Lupa seketika Qairien pada kiriman bunga itu. Namun tanpa disedari oleh mereka berdua, ada sepasang mata yang memerhati keakraban mereka dari jauh. Terbit perasaan cemburu di sudut hatinya. Dia tidak tahu mengapa .

**********************************************************************************

bersambung........

Monday, March 1, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL....


MASIH BELUM TERLEWAT UNTUK SAYA MENGUCAPKAN SALAM MAULIDUR RASUL